Bengkel Pengumpulan dan Merekod Bahasa Meirek Edisi Kedua
9 November 2018 | Aktiviti TerkiniBengkel ini telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet Piasau pada 7 Nov 2018 dan 8 Nov 2018. Bengkel ini dikendalikan oleh Pengurus Pusat Internet Piasau dan kerjasama Persatuan Jatti Meirek Miri. Bengkel ini diadakan selama dua hari selama 16 jam dan melibatkan 6 orang perserta. Kesemua peserta didedahkan dengan cara menaip dan merekod perkataan di dalam Microsoft Words dan Microsoft Excel. Selain itu mereka juga menggunakan Google Chrome untuk mencari dan merujuk maklumat tambahan sebagai elemen tambahan untuk memantapkan kemahiran ICT peserta.
Bengkel ini diadakan sebagai langkah pertama dalam usaha untuk menghasilkan buku terjemahan edisi kedua kaum Meirek. Buku ini nanti dijangka diterbitkan pada Januari 2019 dan akan dilancarkan pada Februari 2019. Bengkel ini mensasarkan sebanyak 5000 perkataan baru untuk edisi kedua termasuk 1143 perkataan yang dimasukkan dan dibetulkan semula dari Edisi pertama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: